BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 2009 Disember 22

Hiduplah Wahai Si Azman!!

Salam Maal Hijrah.. walaupun dah 5 hari masuk tahun baru.. Semoga semangat berHIJRAH masih kuat dalam diri.. So, lastly kepada diri yang AMAT PEMALAS ni.. TOLONG BERHIJRAH JANGAN JADI MALAS LAGI!!!


p/s: cuti lagi 2 minggu.. sebaris ayat pun xrevise lagi.. harap2 dapat la bace dlm sehelai due sblum habis cuti ni.. amin..


Isnin, 2009 September 21

Salam Aidilfditri..

salah satu ketupat tu aku buat sendiri..hehe

Assalamualaikum...

raya datang lagi... Bukan xnak gembira, tp xpuas sebab ramadhan cepat sangat habis.. Kepuasan beribadat dalam ramadhan tak sempat nak rasa, tu la akibatnya kalau asyik bertangguh je.. Sampai nak beribadat pun bertangguh... Padan muke aku!

Menjelang hari raya.. Maka terbelilah baju baru, seluar baru dan yang paling penting kereta baru! hehe.. Aku balik ke Teluk Intan awal setengah hari daripada parent aku.. Ingatkan boleh la bawak kereta tu laju sikit maklum la jalan xbanyak kereta lagi.. Sekali, banyak sangat la pulak speedtrapnye.. Leceh btol la.. Ni je yang paling laju sempat aku bawak.. Xsempat nak test full speed kereta baru aku ni.. hehe..

Aku benci kau!


Laju ni je yang sempat dibawak..

Jalan yang kosong..

Then bila masuknya pengumuman hari raya, satu famili aku kelam kabut sebab xexpect langsung raya hari ni.. haha!! Sempat la jugak anyam 40 ketul ketupat malam raya tu.. (Aku dapat buat due je, pastu stop sebab tension xreti nak buat..haha!!) Di pagi raya, bergambar la sekeluarga.. Pastu balik kampung, MAKAN SAMPAI KENYANG!!! Senak lg perut aku skarang ni walaupun dah tengah malam.. Mane xnye, dari pagi sampai ke petang, asal masuk rumah sedare je, makan,makan,makan.. Adeh.. Lari niat asal dari nak menziarah, jadi makan je xhenti2..



Antare sarung ketupat yang baru lepas dibasuh..

~My FaMiLY~

Dalam perjalanan ke kampung..

Rumah sedara di kampung..


Gitu la sdikit sebanyak sehari di hari raya.. Baru kejap tadi aku terbaca sehelai muka surat dalam buku ' Apa Ertnya Saya Menganut Islam'.. Ditulisnya begini..

Di antara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya dan godaan syaitan ialah dengan cara:

1.Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Allah berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا

Maksudnya:

"Makanlah dan minumlah, tetapi jangan kamu berlebihan". (Surah Al-A'raf 7: Ayat 31)

Rasulullah s.a.w juga bersabda mengingatkan, maksudnya:

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan". (Hadis riwayat Ahmad)

Harap2 aq dapat kurangkan makan esok.. Amin.. hehe..

So, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..

Khamis, 2009 September 17

TOLONG JANGAN PERGI!!!!!

YA ALLAH, KENAPA BARU SEKARANG AKU TERASA RUGINYA AKU BUANG MASA RAMADHAN YANG AKU LALUI TAHUN NI??!!!!

xgune pnye aku, kalau r DotA tu xwujud.. xde aku sie2kan mase spanjang malam ramadhan ni mngadap mende tu je..

xpe2.. dalam lagi 3hari 2 malam sebelum ramadhan ni berlalu, AKU NAK BERUSAHA BERSUNGGUH2 UNTUK BERSAMA RAMADHAN NI!!

Ibarat kalau berjumpa dengan seseorang yang sangat istimewa pada awal bulan ini, kemudian kita tidak ambil kisah tentang kewujudannya disisi kita selama ini.. Sedar2 je dia nak pergi dah xlame lagi..

Aq terasa amat sedih...


btw, kereta Atoz aku dah dijual.. Akhirnya berpisah juga Atoz daripada aku.. Tapi diganti dengan Nissan Sentra warna silver..
( esok aku balik Teluk Intan dgn kereta baru.. Nak try bpe laju kereta ni blh pecut..hehe..)

Sabtu, 2009 September 05

Dah setengah ramadhan..

Pejam celik pejam celik....


Sedar2, rupanya dah 2 bulan aku tak update blog ni. Dan dah setengah bulan ramadhan ni aku dah lalui. Sbenarnya banyak perkara yang dah blaku, tapi entah kenapa aku terasa amat malas nak mnulis dalam blog selama ni. (harap2 dalam bulan ramadhan ni dapat la aku kurangkan sifat ni..) . Kalau nak diceritakan semua, insyaallah amatlah panjang jadi cukuplah sekadar aku berkongsi sedikit pngalaman sepanjang setengah bulan ramadhan tahun ni..

Dalam cuti awal ramadhan minggu lepas, aku sempat iftar di Masjid Besi, Putrajaya.. MasyaAllah, masjid tu amatlah smart.. Walaupun lauk yang disediakan just ikan masak taucu, sayur dan xseberapa sedap.. Yang penting, puas jugak solat dlm masjid tu..

Ni ada sdikit gambar yang smpt ditangkap..


Ni bahagian belakang masjid jalan depan tu boleh terus smpai ke bangunan kerajaan..



Dewan solat yang terlampau putih!! dan amat lawa..


Ada kolam lagi di sekeliling dewan solat..


Unikkan tempat ambil wudhuk masjid ni?


Then, dalam cuti tu jugak aku balik ke TI sebab Naqib ajak bukak puasa beramai2.. Ada la dalam 11 orang yang dapat datang.. Yang datang selain aku dan Naqib, Aminol, Danial, Lonjong, Slay, Haziq, Put,Megat, Meor & Syu..


Ni satu je gmbr yang aku tangkap masa tu.. Sori r klau gmbr korang xde..

So, rasanya setakat ni je la post stakat ni.. Esok bermulanya exam physic mid sem 3, so kena study lebih ni..

Wassalam...

Selasa, 2009 Julai 07

Jamboree PRS Kolej Mara..

Assalamualaikum..
lama jugak rasanya xupdate blog ni..
cuti sem dah sminggu berakhir.. student baru dah habis orentasi..
dan yang paling baru kem PRS inter kolej mara/kolej professional mara yang baru brakhir ahad lepas..
secara keseluruhan agak membosankan sebab banyak sangat teori2 yang membosankan aku terpaksa dengar sepanjang 3 hari tu..
ditambah pulak dengan bas yang rosak sejak perjalanan dari seremban ke kuala nerang tu..rasa macam dalam tahanan yang bergerak.. air kond rosak, enjin rosak, 13 jam duduk dalam bas..
tp, alhamdulillah jugak disebalik kebosanan tu terdapat jugak beberapa perkara menarik yang dapat aku kutip dalam kem ni.. ramai sahabat2 yang baru, pengalaman2 yang bermakna n mcm2 lg r..xde masa nak tulis panjang2.. gambar pon xde, msti bosan xde sape nak bace..

so, thats all for now..
assalamualaikum..

Jumaat, 2009 Jun 19

koleksi ONE PIECE!!

dalam kebosanan yang teramat sangat duduk kat rumah ni...

TIBA2!!
impian aku untuk memiliki kesemua manga One Piece @ Budak Getah dengan cepatnya tinggal sikit je lagi untuk aku capai...
mulanya aku ingatkan lepas habis a-level ni baru aku nak beli kesemua buku2 tu..
xsangka btol impian aku ni dapat dicepatkan setahun..

semuanya thanx to Ibam sebab jual buku2 tu dengan harga yang murah..
hehe..
(tidak ku sangka orang hebat sebegini layan jugak manga ni..)



kepada yang tak mengenali komik OnePiece, ni la permulaan manga ni..




Ni la hampir kesemua koleksi dari no 1 sampai 53 yang aku ada skarang ni.. boleh r aku ulangkaji balik crite ni spanjang masa cuti yang amat membosankan ni..hehe..


Aku rasa antara semua komik jepun, storyline komik ni yang PALING BEST r!.. stiap kali aku bce komik yang hujung2, msti nak refer balik komik yang awal2 sebab semua cerita dalam komik ni saling kait mengait.. Memang respek r Eiichiro Oda sebab dapat buat komik yang sedasat ni.. N, lagi satu.. Aku nampak macam dia (pelukis) ni ada sumting yang dia nak ceritakan tentang dunia skarang ni dalam komik yang dia buat ni...

So, jemput2 r baca komik ni.. Rugi kalau x bce.. hehe..

Thats all 4 now.. xbuleh nak tulis panjang2...kepala aku sakit r skarang ni kalau aq bukak laptop @ tgk tv walaupun kjap je... npe eh?
k r,semoga berjumpa lagi..
Wassalam..

Ahad, 2009 Jun 14

Kini Bercuti..

Salam.. Masa kian berlalu tanpa menunggu sesiapapun.. Pejam celik pejam celik, exam AS dah pun habis.. Alhamdulillah aku dapat buat dalam keadaan yang terbaik yang aku pernah lakukan.. dan kini, segala - galanya terserah kepada Allah sahajalah yang menentukan baik buruk keputus yang bakal keluar pada bulan OGOS nanti..

Kemudian, salah seorang lagi saudara ku telah diijabkabulkan.. Majlis kahwinnya amat dasat.. Tapi, itu bukan perkara utama yang ingin ku sampaikan.. Yang penting,kini tinggal lagi dua @ tiga orang sahaja saudaraku yang lebih tua yang masih membujangkan diri.. Aii, dah dekat la maknanya tu.. haha..

Petang selepas exam hari tu aku, azim, amjat, senon dan ali pergi ber BBQ di Jeram Toi.. Dengan menggunakan enjin 1000cc kereta Hyundai Atoz ku mengharungi jalan yang berliku2 ke destinasi.. berjaya juga kereta ku itu memotong dua buah bas yang mendaki bukit bersama kami.. TAHNIAH ku ucapkan buat keretaku itu.. hehe.. setelah bermandi manda dan membakar ayam panggang dan sosej.. waktu maghrib tiba, dan baru kami sedar semua orang telah beredar.. xlama lepas itu, kedengaran bunyi yang amat aneh menghampiri kami.. kami pun rasa xsedap hati dan terpaksa melangkah pergi secepat mungkin.. dalam melangkah-langkah kami sempat bergambar buat kali terakhir..(gambar ada kat ali, so xdapat nak upload..) dalam perjalanan pulang, kami singah di sebuah gerai makan di Ampangan.. disitu kami minum2 sambil makan otak2.. Sambil2 makan, terserempak la pula dengan Cikgu Shahida yang datang makan bersama2 seorang senior bernama Farah (agaknya..).. setibanya kami di kolej, blackout berlaku.. (macam2 btol la kolej ni..) setelah elektrik ada kembali, kami pulang ke bilik masing2 dan malam itu aku tengok movie sampai ke pagi.. esoknya balik rumah...:))

dan kini, aku sedang bercuti.. hari ini hari terakhir cuti sekolah, manakala aku masih ada lagi lebih kurang 2 minggu untuk cuti semester kali ini.. Ini maknanya, esok bermulalah kerja ku sebagai driver untuk menghantar dan mengambil adik2 ku dari sekolah.. (lecehnye...) Tapi bagus juga, dengan ini agak mustahil la aku untuk tidur sepanjang hari.. paling lama pun, boleh setengah hari sahaja.. jadi, kurang sikit masa yang dibazirkan dalam masa cuti ni...

So, aku nak letakkan peraturan yang aku buat untuk aku dalam masa cuti sem ni di sini:

1- Jangan tidur lepas solat Subuh
(kalau x, nanti tlambat hantar adik.. kalau xpun, masa bawak kreta nanti mesti mngantuk tahap maximum pnye..)

2- Jangan tidur lepas makan pagi
(nanti sia2 waktu kosong tu.. kalau nak menjelajah(drive kreta) waktu petang nanti tsangkut dalam jem, so gunakan waktu pagi tu sebaik2nya..)

3- Jangan main game@gune internet mse tengah hari
(nanti susah na berhenti.. then, lambat solat.. (dose besar tu..) pastu, klau kena ambil adik kan dah lambat.. xtahan telinge nak dengar serangan2 yang menusuk kalbu nanti..)

4- Banyakkan solat di surau@masjid
(selama ni amat susah aku nak keluar rumah waktu berkumandangnya azan, tapi waktu cuti ni aku rasa ringan sedikit.. jadi, jangan biarkan tabiat lama datang kembali.. LAKUKAN PERUBAHAN!)

5- BUKU?? buat apa beli kalau x BACA!!!
(malas nak tulis... rasa macam nak tumbuk je diri sendiri ni klau nak ingatkan balik berapa banyak buku yang nak baca tapi xpenah pun berusaha nak baca kat rumah tu..)

6- Laptop..
(tidak dibenarkan hidup kecuali waktu lepas isyak..(padan muke ko setan komputer))

7- ...em, dah xde rasanya..

so,setakat itu sajalah coretan buat masa ni..
semoga berjumpa di lain waktu.. wassalam..